HIDUPAN HAIWAN YANG UNIK

Wednesday, 2 May 2012

STAR-NOSED MOLE'S SNOUT

Star-nosed mole’s snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.
Naga Laut Berdaun


merupakan salah satu haiwan lautan yang amat ganjil dan mengagumkan. Perairan di pantai barat dan selatan Australia ialah tempat kediaman yang sesuai untuk naga laut berdaun.
 

Walaupun naga laut berdaun berkait rapat dengan kuda laut, badannya lebih besar dan mempunyai tumbuhan seperti daun. Tumbuhan itu membolehkan naga laut berdaun menyembunyi di kalangan rumpai laut. Naga laut berdaun umumnya berwarna coklat dan kuning.

Dengan mendorong sirip dada, naga laut berdaun bergerak dengan perlahan dalam air. Naga laut berdaun makan dengan menggunakan mulut berbentuk paip. Makanan naga laut berdaun ialah krustasia halus seperti mysid, plankton and amphipod.
       


      




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...