HIDUPAN HAIWAN YANG UNIK


Monday 30 April 2012

AXOLOTL - MEXICAN WALKING FISH

Axolotl merupakan haiwan daripada spesies salamander Mexico tetapi ianya lebih dikenali sebagai "Mexican Walking Fish" walaupun ianya bukan daripada spesies ikan. Salamender adalah amfibia dan bukannya jenis replitilia seperti cicak dan buaya seperti anggapan ramai.

BELALANG KATYDID



Belalang Katydid mempunyai sayap yang seakan-akan Burung Merak. Dijumpai di Gunung Acarai, Guyana dalam tahun 2006. Jika ia dalam keadaan berehat, rupanya akan menjadi seperti daun kering (penyamaran untuk memerangkap mangsa). 

Sunday 29 April 2012

UDANG MENTADAK




Pasukan fotografi underwater British ini telah menjumpai udang mentadak di Selat Lembeh, Indonesia. Spesis udang yang seperti mentadak, terutamanya bahagian tangan sepitnya. Udang mentadak/Mantis Shrimp ini dapat membesar hingga 15 inci dan dapat memberikan pukulan membinasakan dalam milisaat dengan cakar yang kuat, sering menceraikan mangsanya.


Video di bawah ini tidak berkaitan dengan penemuan baru. Betapa menariknya Udang mentadak yang dijumpai .......




YETI CRAB






Tengok sekali pun dah hilang selera nak makan ketam. Ketam ini ditutupi bulu yang dipercayai sutera. Tinggal di tengah-tengah laut dan dalam kedalaman 7200 kaki dari permukaan laut. Ketam ini mampu menghasilkan genetik baru membentuk spesies baru dan dipercayai matanya tidak berfungsi atau buta. Bulunya yang cantik itu didiami oleh sejenis bakteria yang mana bakteria ini hidup secara simbiosis. Bakteria ini akan menyembuhkan ketam ini daripada diracuni bahan-bahan kimia yang pelik di tempat ia (ketam) didiami. Secara tidak langsung, racun itu sebenarnya makanan kepada bakteria tersebut dan makanan untuk ketam ini ialah Alga Hijau dan udang kecil.

Wednesday 25 April 2012

PAUS BERTANDUK



Narwhal adalah paus bergigi yang bersaiz sederhana hidup di sekitar perairan Artik. Sumber-sumber melaporkan bahawa Narwhal telah ditangkap sepanjang seribu tahun lalu oleh rakyat Inuit di Kanada Utara dan Greenland untuk daging dan gadingnya. Perubahan iklim merupakan ancaman terbesar untuk binatang.




Narwhal adalah pemangsa yang unik. Dalam musim sejuk, ia hanya memakan benthic (enapan hidupan laut yang telah mati di dasar laut), dan juga menjadikan ikan sebelah sebagai makanannya, pada kedalaman sehingga 1500 m di bawah ais.



KUDA LAUT



Mempunyai Kandungan kitin, kolagen dan mineral-mineral penting. Sehingga kuda laut dijual dengan harga yang mahal, di Pangkal Pinang, Provinsi Bangka Belitung kuda laut kering ukuran relatif besar dijual dengan harga Rp 600.000 perkilonya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...